Cerita Batu Malin Kundang Anak Derhaka Di Padang Indonesia

Cerita Batu Malin Kundang

Cerita Batu Malin Kundang Anak Derhaka Di Padang Indonesia

Cerita Batu Malin Kundang

Pantai Air Manis berhubung rapat dengan lagenda Malin Kundang di Padang Sumatera Barat Indonesia. Malin Kundang adalah watak dalam dongeng yang bertukar menjadi batu sekali dengan kapalnya selepas derhaka kepada ibu kandungnya sendiri. Di Pantai ini terdapat Tanda Batu Malin Kundang dan beberapa struktur kapalnya yang juga menjadi batu. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Malin Kundang dikutuk oleh ibunya kerana Malin Kundang tidak mengaku yang wanita itu ibu kandungnya sendiri selepas merantau ke daerah lain dan menjadi kaya raya.

Disebalik cerita rakyat dan lagenda Batu Malin Kundang ini, memang terdapat batu yang mirip cerita lagenda ini yang terletak di Pantai Air Manis. Pantai ini adalah tempat tarikan pelancung yang sering menjadi tumpuan semua warga termasuk pelancung local dan pelancung asing. Ini adalah disebabkan keindahan struktur pantainya yang mempunyai ombak yang tidak kuat dan pemandangan indah Gunung Padang. Terdapat juga sebuah pulau kecil yang dipanggil Pulau Pisang Kecil yang berkeluasan 1 hektar dan membolehkan pelawat berjalan kaki dari pagi sampai tengahari melalui tepian pantai ketika air surut.

Tetapi yang istimewanya, bila tengahari dan air tengah pasang, Anda harus menggunakan perahu untuk pulang ke pangkalan. Disebelah kanan pulau ini terdapat lagi satu pulau yang dipanggil Pulau Pisang Besar, yang kebanyakan penduduknya hidup sebagai nelayan dan petani. Kisah lagenda Malin Kundang ini sangat bagus untuk menarik ramai pelancung berkunjung ke Pantai Air Manis ini. Walaupun bagi pendapat saya kewujudan batu Malin Kundang ini agak meragukan kebenarannya, hakikatnya Batu Malin Kundang ini kebanyakannya sudah terhakis oleh ombak laut dan ditambah dengan pembaikan struktur batu itu telah merubah keaslian sebenar batu tersebut. Oleh sebab itu, adalah lebih baik untuk anda semua menikmati keindahan Pantai Air Manis ini dengan suasana tenang yang boleh menggamit memori untuk buat kenang kenangan bagi pelawatnya.

Cerita Batu Malin Kundang

PERSAMAAN CERITA ANAK DERHAKA DI MALAYSIA DAN BRUNEI

Dekat Malaysia dan Brunei juga ada cerita soal kesamaan Anak Derhaka pada Ibunya, iatu Sitanggang. Ada dua tempat si Tanggang disumpah, satu di Sungai Batu, batu Caves. Disana ada sebuah gua berwarna gua gelap boleh liat air seperti darah mengalir dalam gua itu, mereka kata itu itulah darah Sitanggang.

Satu lagi lokasi berada di bukit Terhadap, Muar, seketul batu yang dijumpai 6 kilo miter dari laut menguatkan pendapat penduduk tempatan itulah bekas kapal si Tanggang. Ada satu perbedaan cerita yang kita tahu dan cerita orang bukit Treh, sitanggang tidak bertukar kepada batu, ia berubah menjadi helang makku, burung itu akan sering keluar dan memanggil “Makku”.

Nah kalau dekat Brunei, Lokasi Nahkoda Manis berada di Jong Batu ,Brunei. Disana boleh nampak jelas sebuah pulau seperti hadapan sebuah kapal yang tenggelam.

Selain menikmati keindahan pantai di Pulau Air manis ini, pengunjung boleh mengelilingi pantai dan menyeberang ke Pulau Pisang Kecil. Pengunjung juga boleh menyewa speed boat untuk pergi ke Pulau Sikuai yang hanya terletak disebelah Pulau Pisang Kecil. Dipantai ini juga ada restauran yang menyajikan ikan bakar, Nasi Kapau dan lain-lain makanan ringan.

Pantai Air Manis terletak 15km dari pusat bandar Padang, Sumatera Barat. Dari Airport untuk ke Pulau Air Manis, kita akan melalui Bandar Padang terlebih dahulu. Anda boleh naik kereta sewa 15 menit hingga sampai ke Pantai Air Manis.

1+