Skip to content

PAKEJ PELANCONGAN DI ALAHAN PANJANG – BUKIT TINGGI INDONESIA

By Sinar Alam Wisata

PAKEJ PELANCONGAN DI ALAHAN PANJANG

PAKEJ PELANCONGAN DI ALAHAN PANJANG – Salah satu tempat pelancongan menarik di Sumatera Barat yang Femous dan belum ramai diterokai pelancong ialah Alahan Panjang. Terletak pada ketinggian lebih 1,400 meter dari aras laut, kawasan ini menawarkan udara yang sangat nyaman dan segar, hamparan ladang teh menghijau, tasik berkembar yang memukau serta suasana perkampungan Minang yang asli dan menenangkan.

beberapa pokok pinus (cemara) menjadi ciri khas yang seringkali membuat kawasan ini disamakan dengan suasana di Eropa atau di Swiss. pokok pokok cemara ini membuat pemandangan alam yang sudah terbina semula jadi secara geologis, menjadi semakin eksotis. Ditambah udara sejuk yang kadang berkabus, membuat kampung Alahan Panjang pantas disebut Swiss West Sumatra Selain itu, hamparan Ladang teh, ladang sayur, dan tempat ambil gambar alam semula jadi menjadikan Alahan Panjang pantas untuk becuti alam yang memanjakan pelancong untuk camping.

Di sini kami menyediakan pakej pelancongan ke Alahan Panjang, Bukit Tinggi dan Padang, Sumatera Barat yang menarik serta sesuai dengan bajet anda. Jangan ragu untuk menghubungi PT. Sinar Alam Wisata Tour and Travel yang sedia menjadi rakan perjalanan percutian anda.

TEMPAT MENARIK DI ALAHAN PANJANG

DANAU DIATAS DAN DANAU DIBAWAH

PAKEJ PELANCONGAN DI ALAHAN PANJANG

Keistimewaan paling unik di Alahan Panjang ialah kewujudan dua Tasik berkembar yang terletak berdekatan iaitu Tasik Diatas dan Tasik Dibawah. Fenomena menarik yang menjadikan tempat ini istimewa ialah permukaan Tasik Dibawah sebenarnya lebih tinggi daripada Tasik Diatas, walaupun namanya sebaliknya. Kedua-dua Tasik ini menawarkan pemandangan yang sangat indah dan damai, dikelilingi bukit-bukau hijau serta kabus nipis yang sekali-sekala menyelubungi kawasan ini, mewujudkan suasana romantik dan penuh magis.

LADANG TEH ALAHAN PANJANG

Hamparan ladang teh di lereng bukit Alahan Panjang sememangnya sangat memukau pandangan. Perkebunan teh di sini masih diurus secara tradisional dan anda boleh melihat sendiri aktiviti pemetik teh yang mahir bekerja di celah-celah pokok teh yang tersusun rapi. Menikmati secawan teh segar yang baru dipetik dan diseduh di kawasan ini pasti menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

AKTIVITI MENARIK DI ALAHAN PANJANG

Alahan Panjang menawarkan pelbagai aktiviti luar yang menyeronokkan. Antaranya:

  • Trekking santai di sekitar ladang teh,
  • Bermain jet ski di kawasan Tasik,
  • Glamping di tepi Tasik Diatas atau Tasik Dibawah
  • Menikmati pemandangan langit malam yang dipenuhi bintang jauh dari pencemaran cahaya bandar
  • Bersiar-siar mengelilingi danau menggunakan jeep 

Aktiviti-aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur sama ada bersama keluarga, rakan-rakan atau rombongan besar.

MAKANAN WAJIB CUBA

Percutian ke Alahan Panjang tidak lengkap tanpa menikmati makanan tempatan yang lazat seperti:

  • Nasi Goreng Kampung bersama telur ayam kampung dan sayur segar
  • Sate Padang dengan kuah kuning kaya rempah 
  • Teh segar Alahan Panjang yang harum dan menyegarkan 

Kami turut menyediakan pakej percutian ke Alahan Panjang, Bukit Tinggi dan Padang untuk keluarga serta rombongan kecil atau besar dengan harga yang berpatutan.

PAKEJ PELANCONGAN DI ALAHAN PANJANG

ITINERARY PAKEJ 5 HARI – 4 MALAM ALAHAN PANJANG – BUKITTINGGI – PADANG

HARI 01. AIRPORT – PADANG – ALAHAN PANJANG

Rombongan akan dijemput oleh pasukan atau kaki tangan kami di Lapangan Terbang (Airport Minangkabau Padang) yang mesra dan profesional. Lawatan hari pertama dimulakan dengan melawat Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al Minangkabawi, sebuah ikon keagamaan dengan seni bina yang sangat megah. Seterusnya, tetamu akan dibawa melawat ke Pantai Padang dan Masjid Al Hakim yang terkenal dengan keindahan seni bina ala Timur Tengah di tepi pantai. Perjalanan kemudian diteruskan menuju ke Alahan Panjang melalui jalan Sitinjau Lauik yang terkenal, menawarkan pemandangan Samudera Hindia yang memukau serta hamparan Ladang Teh yang asri. Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan yang menyajikan hidangan khas daerah. Seterusnya, proses daftar masuk di hotel Alahan Panjang untuk menikmati udara sejuk pergunungan dan istirehat (free program).

HARI 02. TASIK KEMBAR – SINGKARAK – BATUSANGKAR – BUKITTINGGI

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan hari kedua bermula dengan mengunjungi kawasan Tasik Kembar (Danau Diatas dan Danau Dibawah) untuk menikmati pemandangan alam dua danau yang berdekatan. Perjalanan diteruskan ke Tasik Singkarak, danau terbesar di Sumatera Barat, di mana tetamu boleh mengabadikan kenangan dengan bergambar di tepi danau yang luas. Makan tengah hari akan diadakan di restoran tempatan. Selepas itu, rombongan akan dibawa melawat ke Istana Pagaruyung yang megah serta Istana Silinduang Bulan untuk menelusuri sejarah keagungan kerajaan Minangkabau. Selesai lawatan, bertolak menuju ke Bukittinggi untuk proses daftar masuk hotel, makan malam, dan istirehat (free program).

HARI 03. KELOK SEMBILAN – LEMBAH HARAU – BUKITTINGGI

Setelah sarapan pagi di hotel, bersiap untuk menuju ke Jambatan Kelok Sembilan, sebuah mahakarya infrastruktur yang menakjubkan untuk sesi photo stop. Lawatan diteruskan ke Lembah Harau yang mempesonakan, di mana para pelancong boleh bergambar dengan latar belakang tebing granit yang tinggi dan air terjun yang indah. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan. Pada sebelah petang, rombongan kembali ke Bukittinggi untuk melawat Jam Gadang yang merupakan ikon Kota Bukittinggi, serta mengunjungi Panorama Baru untuk menikmati pemandangan Gunung Marapi dan Gunung Singgalang yang menyejukkan mata. Makan malam diatur di restoran tempatan dan kembali ke hotel untuk istirehat (free program).

HARI 04. PUNCAK LAWANG – SUNGAI LANDIA – LEMBAH ANAI – PADANG

Sarapan pagi di hotel dan proses check-out dilakukan. Lawatan dimulakan dengan menuju ke Puncak Lawang untuk menikmati pemandangan Tasik Maninjau yang begitu cantik dan memukau dari ketinggian. Di sini, tetamu juga akan dibawa melawat ke tempat pembuatan gula merah secara tradisional untuk melihat proses pembuatan gula aren. Seterusnya, menikmati keindahan lembah hijau di Panorama Alam Sungai Landia. Makan tengah hari diadakan di restoran tempatan. Perjalanan diteruskan ke Padang dengan singgah di Air Terjun Lembah Anai yang indah di pinggir jalan raya. Setibanya di Padang, lawatan dilanjutkan ke Jembatan Siti Nurbaya, Batu Malin Kundang, dan Pantai Air Manis. Makan malam diatur di restoran tempatan, diikuti dengan proses daftar masuk hotel di Padang dan istirehat (free program).

HARI 05. CITY TOUR PADANG – AIRPORT

Sarapan pagi akan diadakan di hotel dan proses check-out akan dilakukan. Rombongan akan bertolak terus ke Lapangan Terbang Minangkabau untuk bersiap balik ke negara asal. Percutian anda bersama kami selesai. Tur Minang Kabau 5 HARI – 4 MALAM dari PT. SINAR ALAM WISATA berakhir di sini. Semoga perjalanan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Terima kasih banyak atas kerjasama anda.

ITINERARY PAKEJ 4 HARI – 3 MALAM ALAHAN PANJANG – BUKITTINGGI – PADANG

HARI 01. AIRPORT – PADANG – ALAHAN PANJANG

Rombongan akan dijemput oleh pasukan atau kaki tangan kami di Lapangan Terbang (Airport Minangkabau Padang) yang mesra dan profesional. Lawatan dimulakan dengan melawat Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al Minangkabawi, ikon keagamaan dengan seni bina yang megah. Diikuti dengan lawatan ke Pantai Padang dan Masjid Al Hakim yang indah di tepi pantai dengan gaya Timur Tengah. Seterusnya, perjalanan menuju ke Alahan Panjang melewati jalan Sitinjau Lauik yang menyajikan pemandangan Samudera Hindia yang memukau serta Ladang Teh yang hijau dan asri. Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan dengan menu khas daerah. Seterusnya, proses daftar masuk di hotel Alahan Panjang untuk menikmati suasana pegunungan yang sejuk dan istirehat (free program).

HARI 02. TASIK KEMBAR – SINGKARAK – BATUSANGKAR – BUKITTINGGI

Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan dimulakan dengan melawat kawasan Tasik Kembar (Tasik Diatas dan Tasik Dibawah) untuk menikmati keindahan panorama alamnya. Lawatan diteruskan ke Tasik Singkarak, tasik terbesar di Sumatera Barat, untuk sesi bergambar di tepi tasik. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan. Seterusnya, para pelancong akan dibawa melawat ke Istana Pagaruyung yang megah dan Istana Silinduang Bulan bagi mempelajari sejarah dan budaya kerajaan Minangkabau. Selesai tur, rombongan bertolak ke Bukittinggi untuk daftar masuk hotel, makan malam, dan istirehat (free program).

HARI 03. NGARAI SIANOK – JAM GADANG – KELOK SEMBILAN – LEMBAH HARAU

Setelah sarapan pagi di hotel, bersiap untuk city tour melawat ke Panorama Baru Ngarai Sianok yang indah, diikuti dengan melawat ke Jam Gadang yang menjadi ikon kebanggaan Banda Bukittinggi. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan. Perjalanan kemudian dilanjutkan menuju ke Jambatan Kelok Sembilan untuk sesi photo stop dan menikmati keindahan alam di Lembah Harau yang dikelilingi tebing granit yang memesona. Setelah selesai, rombongan bertolak kembali ke hotel di Bukittinggi untuk makan malam dan istirehat (free program).

HARI 04. BUKITTINGGI – LEMBAH ANAI – PDIKM – AIRPORT

Sarapan pagi disediakan di hotel dan proses check-out dilakukan. Rombongan bersiap untuk perjalanan pulang dengan singgah melawat Air Terjun Lembah Anai yang terletak di pinggir jalan raya. Seterusnya, melawat ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Minangkabau (PDIKM / Rumah Minang) di Padang Panjang untuk melihat sejarah kebudayaan. Makan tengah hari akan disediakan di restoran tempatan. Selesai makan, rombongan akan dihantar terus ke lapangan terbang untuk pulang ke negara asal. Pakej percutian anda bersama PT. SINAR ALAM WISATA berakhir di sini. Terima kasih dan jumpa lagi!

//
Sinar Alam Wisata
Salam Traveller